Wednesday, May 3, 2017

Matrikulasi vs Diploma

Assalamualaikum and hi. Fuh,cepat sangat waktu berlalu dan terlalu banyak benda yang berlaku. Tiba-tiba rasa rindu nak menulis macam dulu,tapi tak pernah sempat sebab waktu selalu cemburu. Haha, motif sebenarnya tulis post ni sebab nak share dekat adik-adik kat luar sana yang tengah confuse dan masih tak dapat nak decide sama ada nak masuk matrik atau diploma or even STPM. 

Firstly,untuk adik adik yang dapat result SPM gempak kebabom akak nak cakap tahniah. Untunglah korang sebab tu permulaan kepada masa depan. Tapi, untuk adik adik yang result lebih kurang tu,tahniah jugak. Kita geng! Sebab result akak masa SPM dulu sangat disaster. yang penting jangan pernah give up,ingat tu je okay? Akak dulu tahun 2013,masa tengok slip SPM tu macam tak boleh terima rasa macam dah hancur masa depan,tapi rezeki Allah tu luas. Alhamdulilah akak masih dapat sambung belajar dekat matrikulasi waktu bulan 5 2014 lebih kurang. Tapi, akak dapat PDT which means,Program Dua Tahun. Sapa tak sedih weh,kawan-kawan semua syok je dapat setahun haku tetiba kena masuk matrik dua tahun. Tapi semuanya berhikmah. Siapa cakap budak PDT ni semua teruk teruk? Dari situ,akak mula belajar untuk bangun dan tak nak ulang kesilapan yang sama lagi. Dan alhamdulilah berkat doa semua orang, sekarang dah pun dapat jejak kaki sambung degree kat UKM.

So,back to the title. Untuk adik yang masih confuse nak masuk matrik atau diploma? Jawapan cliche orang adalah bergantung pada diri sendiri. Tapi disebabkan akak cuma ada pengalaman matrik,meh akak citer sikit life kat matrik ni macam mana. Seriously,dulu-dulu masa dapat result akak pun macam korang, google sana sini. Then orang pulak cakap nak selamat ambik diploma. Sebab matrik ni susah. Akak nak clarify yang statement tu tak betul pun sebenarnya and kat mana-mana pun ada susah senang dia tersendiri. Kalau awak malas tahap giga lepas tu cakap matrik susah memang mintak kaki la cerita dia. Hahah k akak gurau. Sebab akak tak rajin pun,kat matrik dulu pun banyak je tido ha. Tapi satu je akak nak cakap. Life kat matrik ni lain dari yang lain. Dia ada life yang tersendiri,yang awak takkan dapat kat tempat lain. Awak dapat matrik setahun ke dua tahun ke sebenarnya lebih kurang je dik. Cuma bilangan subjek yang awak akan belajar je berbeza. Dan lagi satu, lecturer kat matrik ni mostly sangat caring dan baik dah macam mak ayah sendiri dah rasa. Diorang semua sangat supportive. Lagi satu, misalnya awak dapat matrik setahun,awak cuma perlu lalui kehidupan matrik tu kejap je lepastu dah dapat sambung degree.

Untuk diploma pulak, lebih kurang je sebenarnya. sebab bila awak masuk diploma,then awak nak sambung degree,awak masih boleh transfer credit waktu degree nanti( kalau awak sambung dalam kos yang sama),which means awak dah tak perlu ambil subjek tu kat degree nanti.

Tapi sebelum awak buat keputusan apa pun, istikharahlah. Tanya pendapat ibu dan ayah, tanya diri sendiri apa yang awak nak. In Sha Allah mesti nanti dah tak keliru lagi. Cuma andai kecewa, belajarlah untuk senyum semula. Andai rebah, belajarlah untuk tidak mengalah sebab setiap apa yang berlaku itu pasti berhikmah. Kalau adik adik ada soalan nak tanya, boleh DM akak kat instagram @iryaneee okay :) inshaAllah saya sedia membantu! 

Dont forget, Allah knows best. Have faith.

Saturday, September 13, 2014

setelah lama menghilang

Assalamualaikum bloggers,readers,stalkers err what else?Hehe,rasa awkward yg teramat sangat sbb dah terlalu lama tak update blog ni,last update awal tahun before SPM dulu,Allah ja tahu busy tu macam mana,waktu berlalu cepat sangat terasa tak sempat nak kejar.Dalam sibuk waktu berlalu,banyak jugak benda dah berubah,bukan banyak tapi sangat banyak.Banyak jugak benda yani nak share kat sini tapi tak terluah.heh,boleh gitu?Alhamdulilah,sekarang yani tengah sambung study dekat kolej matrikulasi negeri sembilan,yeah!My first year.Sekarang baru nak habis sem 1.First time merantau jauh dari family.So mesti kena cepat cepat sesuaikan diri even kadang2 memang homesick,tipu lah kalau tak rasa pape kan?tapi sbb busy sgt kat sini kadang2 tak lah layan sangat perasaan tu.Busy dengan lecture,quiz every week,test,tutorial,lab report.Kadang2 nak naik gila ja rasa tapi busy2 jugak Allah jangan lupa.InshaAllah walau macam mana pun busy tapi andai kita utamakan Dia,pasti hati tenang :)

Life kat sini,memang kena berdikari cause we are on our own now,tak boleh nk manja mengada nak orang buat,semua kena buat sendiri,hehe.Kalau tak buat sendiri,sapa nak tolong ye dok?

Emm,rindu pulak zaman sekolah dulu.Rasa macam nak balik sekolah balik tapi taknak ada exam n taknak ada homework.Heh,memang tak lah kann.Orang selalu cakap,life must go on.Semakin jauh kita melangkah,semakin banyak dugaan n cabaran yg datang menyapa.Tapi kita tak boleh terus mengalah.Err,ada gaya pakar motivasi tak? hee

Minggu depan result ups dah nak keluar.Debar pulak rasa.Then terus final exam.Lepas tu CUTI SEM! well I just can't wait.Tak sabar nak balik Perlis.Tapi best jugak duduk nogori ni.Hehe

Time flies so fast,ni pun curi masa je.Undur diri dulu.Doakan yani kuat untuk terus melangkah okay? :)

Lots of love,
NIA'S